QR-код
Аватар selimutsura

selimutsura

M.Muzzammil Musbah anak kelahiran Hutan Melintang, Perak. Memegang Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Pengajian Islam (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sebelum ini menyambung pengajian Diploma Pengajian Islam (Syariah) KUIS, Bangi Selangor. Antara 30 calon terbaik pelajar KUIS (2007) yang terpilih ke Universiti Muhammad al-Khamis Agdal, Maghribi anjuran Lembaga Zakat Selangor. Sangat aktif bernasyid sejak dibangku sekolah hingga sekarang bersama kumpulan nasyid Munsyideen. Melakar kejayaan bersama kumpulan Munsyideen diperingkat negeri dan kebangsaan. Pernah berduet single lagu Habil Qabil bersama kumpulan nasyid terkenal Far East. Berkahwin dengan Hamizah bt. Ahmad yang merupakan seorang pendidik sepenuh masa lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Fizik) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim. Penulis pernah bekerja di Institut Kajian Hadis (INHAD) Kuis, Bangi dan kini bertugas sepenuh masa di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. "Bersama Islam, membangunkan ummah Ukhrawi" Alim Ulama yg dikagumi: TG Hj. Nik Aziz Nik Mat, Al-marhum TG Hj. Ghazali Hasbullah, TG Dr. Haron Din, TG Hj. Ismail Kamus, TG Sheikh Nuruddin al-Banjari, Sheikh Dr. Yusuf al-Qardhawi, Sheikh Wahbah az-Zuhaili, Asy-Syahid Sheikh Hassan al-Banna, Al-marhum Sheikh Said Ramadhan, Al-marhum Sheikh Mutawalli As-Sya'rawi, Al-marhum TG Hj. Harun Taib.